Wednesday, August 27, 2008

Kitar Semula Sisa Makanan anda

Mungkin ramai yg tidak tahu bahawa sisa makan yg kita makan pada setiap hari boleh dikitar semula dan di jadikan baja organik utk tanaman dirumah kita. Proses ni diperkenalkan oleh seorg ahli sains dari jepun yang diberi nama BOKASHI. Bagaimana Bokashi ini hasilkan? Caranya segala sisa makanan yg tidak habis dimakan seperti buah, sayur-sayuran, dan sisi makanan yg berasaskan organik disimpan dalam satu bekas yang bertutup, kemudian masukan sedikit air dan disimpan didalam tempat yg bertutup selama 2 minggu. Kemudian setelah sampai tempoh tersebut air, dan sisia makanan tersebut boleh digunakan sebagai baja yg sangat baik utk semua jenis tanaman dirumah seperti tanaman bunga, dan sayuran. Bokashi merupakan satu proses penapaian sisa makanan tadi yg disimpan dan dihasil baja utk tanaman. Kini teknik Boksahi telah berkembang luas dan boleh dijadikan sebagai bahan bukan sahaja digunakan utk tanaman tetapi boleh juga digunakan dalam bidang ternakan, dan perikanan. Penggunaan Bokashi telah mengurangkan penggunaan bahan kimia kepada bidang pertanian dan penternakan.

Ada link sebagai maklumat tambahan.http://impaxbokashi.wordpress.com/2008/08/04/vermikompos-skala-kecil/#comment-202

No comments: