Thursday, February 24, 2011

Harimau Malaya

Perlawanan

Malaysia VS Pakistan
[Football Men Olympic Qualifying 2012]

Tarikh: 23 Feb 2011 (Rabu)
Masa: 8.45pm
Tempat: Stadium Shah Alam

Tahniah buat pasukan harimau malaya kerana telah berjaya mengalahkan pasukan pakistan 2 - 0 pada perlawanan tersebut. Semoga pada perlawanan seterusnya pasukan harimau malaya kita akan berusaha dan mampu menghasilkan kejayaan dan kemenagan untuk negara. Syabas Harimau Malaya.

Monday, February 21, 2011

Hari ni promosi Mee Sanggul jenama Mee Sanggul Desa keluaran 100% Produk Muslim. Memang cukup sedap, dan harga yg berpatutan.

Kilang beroperasi di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Utk tempahan boleh hubungi saya atau pembekal.

Azman Mee Sanggul Desa.

Datuk Siti Nurhaliza Bina Masjid



SUNGAI PETANI: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir, Tikam Batu, dekat sini yang pembinaannya dibiayai penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Khalid yang berasal dari Kampung Permatang Pasir berkata, masjid baru itu dibina di atas tapak asal Masjid Kampung Permatang Pasir bagi menggantikan masjid lama dengan kos untuk merobohkan masjid lama dan membina masjid baru termasuk kelengkapannya berjumlah hampir RM2 juta.
Katanya, selain mendapat sumbangan pihak tertentu, ia dibina hasil sumbangan Yayasan Nurjiwa yang beliau dan isterinya wujudkan untuk membantu golongan yang memerlukan dan bagi melaksanakan program pembangunan agama.

"Ia mula dibina pada 1 Disember 2009 dan siap pada Ogos 2010. Bangunan utama masjid boleh memuatkan seramai 500 jemaah pada satu-satu masa," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian itu.

Khalid yang juga Pengerusi Yayasan Nurjiwa berkata, nama masjid itu dicadangkan oleh seorang sheikh dari Makkah yang ditemuinya di Madinah dan nama itu turut dicadangkan oleh Imam Masjid Kampung Permatang Pasir.

"Ia nama salah satu syurga. Kebetulan pula nama tu seperti nama saya. Saya berharap kemudahan masjid ini dapat digunakan oleh penduduk kampung. Masjid ini tidak akan dikunci untuk kemudahan orang ramai setiap masa," katanya.

Siti Nurhaliza pula bersyukur kerana masjid yang beliau dan suaminya usahakan selama ini dirasmikan hari ini, yang kebetulan jatuh pada tarikh lahir yang ke-52 suaminya.
"Apabila kami berurusan dengan pejabat Istana, tarikh yang Tuanku pilih adalah hari ini iaitu 19 Februari.

"Memang perancangan kami untuk bina masjid bagi kemudahan penduduk sekeliling untuk buat program keagamaan. Saya gembira kerana impian kami jadi kenyataan hari ini. Harap Yayasan Nurjiwa dapat membuat banyak lagi aktiviti kebajikan," katanya.

Masjid Kampung Permatang Pasir dipercayai mula dibina sekitar tahun 1896 dan kemudian dibina semula pada 1926 secara gotong royong.

Pada tahun 1985, 1997 dan 2005, kerja-kerja naik taraf masjid dijalankan untuk keselesaan jemaah dan pada 2009 pembinaan masjid baru di atas tapak sedia ada dilaksanakan. - BERNAMA


Sumber: Berita Harian 19/2/2011

Thursday, February 17, 2011

Wajah-Wajah Orang Kaya Malaysia




KUALA LUMPUR - Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam.

Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.


"Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion," jelas kenyataan tersebut.


Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion.


"Terdapat tiga pendatang baru dalam senarai itu dengan dua daripadanya merupakan kemasukan kali pertama.


Mereka ialah Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd., Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd., Datuk Seri Stanley Thai dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew," ujarnya.

* dipetik dari kosmo

Tuesday, February 15, 2011

Baraka Allahu Lakuma Lyrics

Baraka Allahu Lakuma Lyrics
By: Maher Zain

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice

Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma