Wednesday, July 27, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Pra Ramadhan

Puasa, Terawih, Digigit Jin

3


4


Pra Ramadhan

Puasa, Terawih, Digigit Jin

1


2

Monday, July 11, 2011

Makan Belut


Korang pernah makan belut atau nama saintifiknya Monopterus albus.
Kalau tgk dari fizikal belut ni nampak macam ular tapi dia bukan spisis ular dia masih diketegorikan sebagai ikan.
Belut ni hidup di dalam air dan selut. (kat sawah banyak la)

Masa aku kecik-kecik dulu rajin tangkap belut guna pancing khas dan bubu. bubu ni buat dari batang paip dan letakkan umpan ikan sepat dalamnya. Nak bagi contoh gambar tak de la pulak hehehe. Waktu lepas org ambik padi kami turun sawah cari lubang-lubang belut.

Kalau yg belum pernah rasa, belut ni macam rasa isi ikan keli.
Belut boleh buat goreng atau buat sup. sama mcm masak ikan keli. Buat laksa pun sedap.

Kat belah utara ni kalau makan laksa ada yg letak belut sebagai bahan utama dlm kuah laksa.

Ada satu forum saya join iaitu forum carigold. seorang rakan dalam forum ni ada pengalaman adik dia yg rajin makan belut. Ini saya copy kan post dia dari forum tu.

Ini pengalaman benar...apa yang aku lihat pada adik aku...dia memang suka sangat makan belut samada goreng atau masak sup...maklumlah rumah di kawasan sawah padi...bapak aku memang rajin cari belut ni. Kesannya,kulit adik aku ni memang bersih dan licin. Panau ke...kurap ke...ruam2 ke...gatal2 ke...memang tak ada. Senang citer adik aku tak payah pakai apa2 jenis pelembut kulit atau facial foam pun...aku...baru jamah secubit...dah terbayang lain...terus tak jadi makan...tp rasanya manis...rasa lagi sedap dari ikan keli...

Pergi ker forum

Khasiat Belut:

Sekiranya diamalkan memakan belut, ia dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menstabilkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi. Ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.


Jangan geli makan belut ni sebab ia banyak khasiat dan baik utk kesihatan.

Tak Pernah Minum Kopi




ARAU - Seorang warga emas di sini yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 bukan sahaja masih kuat bekerja malah mampu berjalan kaki sejauh lima kilometer sehari mengalahkan orang muda.

Saad Jasin memiliki rahsia tersendiri untuk kekal sihat walaupun usia sudah lanjut iaitu dia tidak mengambil makanan bergoreng dan tidak minum kopi.

Kelmarin insan istimewa itu diraikan oleh anggota keluarganya seramai 76 orang di rumahnya di Kampung Paya Guring dekat sini.

Majlis berlangsung cukup meriah termasuk acara memotong kek dan pulut kuning oleh insan berkenaan.

"Saya tidak pernah makan makanan bergoreng dan minum kopi kerana ia melemahkan anggota badan dan tulang.

"Saya hanya makan nasi berlauk dan minum air kosong dan teh sahaja setiap hari.

"Bagi mengelak badan jadi bongkok, saya bangun pagi dengan duduk perlahan-lahan sebelum berjalan.

"Elak bangun dengan keadaan tergesa-gesa yang boleh mengejutkan tulang kita," katanya pada pemberita di sini semalam.

sumber: Kosmo

Thursday, July 7, 2011

Lisa vs Neelofa

Sapa paling anda minat..
Lisa Surihani atau Neelofa.

# Copy gambar diatas.
# Buat entry Lisa Surihani vs Neelofa
# Copy url entri korang tu dan post kat komen disini.
# Kita tengok sapa yg lebih ramai peminatnya.

Ke Ipoh Perak


Hari selasa 5/7/211 aku pergi ke Gopeng Perak sebab menghadiri kursus. dapat ambil satu gambar ni. memang tak de makna apa cuma aku tertarik dgn kreativiti Majlis Perbandaran Ipoh kerana menghias tiang-tiang jambatan supaya nampak lebih menarik.

Friday, July 1, 2011

Boikot Astro

KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.

Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.

” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.

” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.

” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.

Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.

” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.

” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3, akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.

Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.

Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.

” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya. – OlehSYAHRIL A. KADIR (

sumber - Mynewshub.my



P/S: Apa pendapat korang? nak join tak boikot astro ni? Bagi aku bukan boikot tak bayar 3 bulan tapi bokot tutup terus akaun dgn astro ni. Baru kena buku dgn ruas. Kita pengguna ada hak.