Saturday, March 5, 2011

N.28 Kerdau, Pahang

Profil Calon Barisan Nasional
  • Nama: Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44,
  • Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
  • Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
  • Umur : 44 tahun
  • Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
  • Status : Berkahwin
  • Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad, 45 tahun
  • Bilangan Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan
  • Pendidikan:
    • Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
    • Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
    • Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
    • Universiti Al azhar
  • Pengalaman Kerjaya:
    • Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
    • Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 - 2000)
    • Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov - Dis 2000)
    • Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 - )
  • Pengalaman Politik:
    • Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
    • AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
    • AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
    • Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
    • Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
  • Pendidikan:
    • Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
    • Ijazah Sarjana Muda (Usulludin).
  • Pengalaman:
    • Guru Sek Menengah Agama Darul Naim

_______________________________

Profil Calon PAS

  • Nama: Hassanuddin Salim, 43,
  • Jawatan dalam parti: Ketua Penerangan PAS Pahang
  • Pendidikan Awal dan Kerjaya:
    • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sanggang dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh.
    • Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran keperingkat Diploma dalam bidang Ukur Tanah, di UiTM Shah Alam.
  • Kerjaya:
    • Memulakan kerjayanya dalam Industri Pembinaan dan Ukur Tanah selama 15 tahun.
    • Sepanjang menceburi bidang itu beliau pernah berkhidmat dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur untuk industri minyak dan gas dan antaranya pembinaan hospital Temerloh.
    • Beliau juga pernah Berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.
  • Dunia Politik:
    • Dalam politik, Hassanuddin adalah bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang dan kini menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Pahang, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh.
    • Dalam pilihan raya, Hassanuddin pernah diamanah mewakili PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 sebagai calon di DUN Lanchang dan DUN Kerdau dalam PRU 2008.


Sumber: Berita Harian Online.

N.27 Merlimau, Melaka

Profil Calon Barisan Nasional
  • Nama: Roslan Ahmad, 44,
  • Tempat Lahir : Merlimau Pasir
  • Umur : 44 Tahun
  • Status : Berkahwin
  • Nama Isteri : Zalifah Omar
  • Anak : 4 Orang ( 3 lelaki, 1 perempuan)
  • Kerjaya : Pengurus Unit Pembangunan Perniagaan dan Sosiol Ekonomi di Perbadanan Melaka Holding Sdn Bhd.
  • Beliau adalah anak kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Jasin ( 1974 - 1978 ) Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin.
  • Pendidikan:
    • Sekolah Rendah Kebangsaan Merlimau
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum, Merlimau
    • Sekolah Menengah Teknik Melaka
    • Maktab Adabi Muar
    • Diploma Pentadbiran dan Perniagaan di Institiut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) Kuala Lumpur / Swansea Institute Higher Education (S.I.H.E) UK.
  • Pengalaman politik:
    • Ketua Pemuda UMNO Cawangan Merlimau ( 1998-2008 )
    • Ketua Penerangan UMNO Cawangan Merlimau ( 2008-2011 )
    • Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Jasin ( 1998-2001 )
    • AJK Pemuda UMNO Bahagian Jasin merangkap AJK Biro Pendidikan Pemuda UMNO Negeri Melaka ( 2001-2004 )
    • AJK UMNO Bahagian Jasin merangkap Pengerusi Biro Belia dan Sukan Bahagian Jasin ( 2008-2011 ) - Media UMNO
__________________________________


Profil Calon PAS

  • Nama: Yuhaizad Abdullah, 38,
  • Latarbelakang:
    • Yuhaizat Abdullah dilahirkan pada tanggal 17hb Oktober 1973 di Kampung Barok, Jasin, Melaka.
    • Beliau adalah anak ke-4 daripada 5 orang adik-beradik.
    • Bapanya, Abdullah Jumat adalah bekas Tok Sidang Kampung Chinchin manakala ibunya, Fatimah Hasan seorang surirumah sepenuh masa yang juga anak kepada bekas imam Kampung Chinchin, Hassan Wahab.
  • Pendidikan:
    • Sekolah Kebangsaan Chinchin.
    • Sekolah Menengah Dato Bendahara, Jasin, Melaka.
    • Institut Kemahiran Mara (IKM) Jasin
  • Perkahwinan:
    • Mendirikan rumahtangga dengan guru Sekolah Kebangsaan Chinchin, Shakila Mohammad.
  • Penglibatan dalam politik:
    • Memilih PAS sebagai medan politik, beliau mula bergiat aktif dalam parti bermula 1993 sebagai Setiausaha Cawangan Chinchin.
    • Pada tahun 1995 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Jasin dan pada 1999 dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Pas Jasin sehingga kini.
    • Diperingkat negeri beliau diamanahkan sebagai Timbalan Dewan Pemuda Pas Negeri dan juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Melaka.
    • Beliau sekarang adalah aktivis Pas sepenuh masa

Keputusan pilihan raya kecil Merlimau, Kerdau seawal 8 malam

MERLIMAU: Keputusan pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dijangka diketahui seawal jam 8 malam ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berkata pihaknya juga mensasarkan peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua DUN hari ini mencecah 80 peratus.

"SPR menasihatkan pengundi supaya keluar awal kerana bimbang cuaca dijangka hujan pada sebelah petang," katanya pada sidang media di sini, hari ini. DUN Merlimau mempunyai 10,679 pengundi berdaftar, sementara DUN Kerdau mempunyai 8,999 pengundi berdaftar.

Sementara itu, Abdul Aziz mengingatkan parti yang bertanding supaya tidak berkempen pada hari pengundian termasuk meraih undi dengan membuka barung atau di pusat operasi parti masing-masing.

P/S: Selamat mengundi DUN Merlimau dan Kerdau. Lepas ni sunyi le tempat korang. hehehe..

Friday, March 4, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa



Trailer filem Hikayat Merong Mahawangsa atau versi international The Malay Chronicles : Bloodlines

Filem ini bakal ditayangkan pada 10 Mac 2011. Terbitan KRU Studios.
Filem ini merupakan antara filem Malaysia yg termahal dari segi kos pembikinannya yg menelan belanja Rm6.82 juta.

Sinopsis filem Hikayat Merong Mahawangsa sepertimana yang disiarkan oleh sinemamalaysia.com yang bermula sekitar tahun 120 apabila Empayar Rom dibawah pemerintahan Hadrian manakala Dinasti Han di negara China sedang memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Hikayat Merong Mahawangsa dibintangi oleh Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert, Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato’ Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida, Kuswadinata, Mano Maniam dan Ravi Sunderlingam.

Wednesday, March 2, 2011

Tempoh bayaran saman trafik dilanjutkan 10 hari lagi

02/03/2011
2:33pm

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN

PUTRAJAYA 2 Mac – Tempoh bayaran saman trafik yang berakhir Isnin lepas kini dilanjutkan selama 10 hari lagi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurut beliau, lanjutan tempoh bayaran saman tersebut bagi membolehkan orang ramai melunaskan tunggakan saman mereka.

Semalam, Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan mulai Selasa.

Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lalu, berakhir. - Utusan


P/S: Buat rakan-rakan yang belum bayar saman tu boleh la buat bayaran saman sebab dah di sambungkan tempoh bayaran sehingga 10 Mac 2011. Selamat Membayar saman...

Orang ramai cadangankan bayar saman trafik secara beransur-ansur

KUALA LUMPUR 2 Mac - Orang ramai meminta polis membenarkan saman tertunggak dibayar secara beransur-ansur bagi membolehkan pesalah lalu lintas, terutama golongan berpendapatan rendah melangsaikan kesemua saman mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, walaupun orang ramai gembira dengan pengumuman kerajaan melanjutkan tempoh bayaran saman berdiskaun selama 10 hari lagi, namun bagi mereka yang makan gaji, jumlah wang yang diperoleh setiap bulan adalah tetap dan tidak memungkinkan mereka membayar jumlah saman yang besar secara sekali gus.

Pekerja am, Khairul Hasan Abdullah Hasan, 35, berkata, bukan semua pesalah lalu lintas berupaya melunaskan saman kerana terdapat pelbagai faktor yang membuatkan mereka terpaksa menangguhkan hasrat untuk berbuat demikian.

"Kekurangan wang adalah masalah utama yang menghalang golongan berpendapatan rendah daripada membayar saman. Gaji yang rendah ditambah lagi bilangan ahli keluarga yang ramai untuk ditanggung membuatkan seseorang itu mengetepikan saman yang diterima.

"Kerajaan harus memikirkan beberapa kaedah lain selain saman berdiskaun untuk meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan ini seperti membenarkan bayaran secara beransur-ansur," katanya.

Seorang pelajar, Nurazlina Abdullah, 20, turut mencadangkan perkara yang sama kerana berasakan ia mampu meringankan beban yang terpaksa ditanggung pesalah yang tidak berkemampuan membayar saman.

"Sistem pembayaran secara beransur-ansur ini harus diguna pakai dalam sistem baru yang berkuat kuasa semalam kerana ia adalah satu cara untuk mendorong pesalah lalu lintas membayar saman.

"Lihat sahaja jumlah saman tertunggak yang masih belum dibayar. Bayangkan jika 17.3 juta saman itu habis dibayar, sudah tentu jutaan ringgit akan diraih kerajaan," katanya.

Pekerja swasta, L. Siva, 32, berkata, kerajaan harus mengkaji semula tempoh dua bulan yang diberikan untuk pemandu menjelaskan saman sebelum kes dibawa ke mahkamah kerana bukan semua pesalah berupaya melunaskan saman dalam tempoh itu.

"Saya bersetuju dengan kaedah saman berdiskaun tapi yang mungkin menjadi masalah ialah tempoh dua bulan yang diberi itu.

"Lebih baik sekiranya tempoh itu ditambah sebulan lagi supaya semua pihak berpuas hati dengan perkara ini selain dibenarkan membayar secara beransur-ansur," katanya.

Dalam pada itu pesara kerajaan, Yazid Mohamad, 64, berkata, tindakan menyenarai hitam harus dilakukan terhadap pesalah lalu lintas yang enggan membayar saman serta tidak berusaha untuk melunaskannya.

"Daripada apa yang kita boleh lihat beberapa hari yang lalu, ramai yang berusaha untuk menjelaskan saman mereka.

"Tempoh yang berakhir kelmarin menyebabkan ramai tidak berkesempatan melunaskan saman. Mereka harus diberi peluang untuk berbuat demikian," katanya.

Semak Saman Polis Cara SMS

Panduan Semak Saman Secara SMS


Tuan/ puan boleh check saman polis trafik melalui sms dengan cara :

Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728

contoh : POLIS SAMAN 911809105110 hantar kepada 32728

atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :

SAMAN POLIS [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728

Kalau mahu detail saman dihantar ke alamak email, taip

POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728

Contoh : POLIS SAMAN ABC123 akurempit@yahoo.com dan hantar ke 32728

Cara nak buat bayaran : pergi ke bahagian trafik di balai polis berdekatan.. Bawa duit.


Semoga entri ni membantu anda.