Saturday, December 18, 2010

Kalau Berpacaran versi Cik Shida



Aksi terbaru cik shida atau Cikgu Shida di Youtube yg menjadi tontonan paling top pada 2010.
Lagu Kalau berpacaran adalah lagu dari Suhaimi meor Hassan, Ana Raffali dan Altimet. Dalam video ini cik shida berjaya membawak 3 watak dalam videonya. Hasil video cukup sempurna dan menghiburkan. Mungkin ada yg kurang senang dgn cara cik shida ini, tetapi terpulanglah pada pendapat masing-masing.

Sunday, December 12, 2010

Transformers: Dark of the Moon Trailer # 1


Ini adalah triler untuk Transformers 2011.
Harap2 best la cerita ni. Tajuk kali ini Dark of the Moon.

Bagaimana mulakan perniagaan.

Peluang perniagaan. bagaimana memulakan perniagaan secara kecil-kecilan tetapi hasil yg lumayan. Ada yg nak bagi pandangan?

Tuesday, December 7, 2010

Saturday, September 25, 2010

BADAK DAN MONYET

Alhikayat, dalam sebuah hutan di negeri Pahang ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar.

Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua-dua menatang itu.

Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson

Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam

Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei

Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di Pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang-barang mat motornya tu..

Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik-baik"

Badak tu pun pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".

Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu-satunya badak jantan satu Malaya nihh..

"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.

Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"

Jin tu pun kelipkan mata, bling....

Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas-puasnya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"

Friday, August 6, 2010

Bisnes Tokek


Buat bisnes apa pun kalau ada org dengki jd macam ni la. tak terkecuali yg menjual tokek.

Lagu Tokek


Macam2 org buat dgn tokek ni. Rupanya tokek pun ada lagu.

Penangkap Tokek Dari Indonesia


Penangkap Tokek dari Indonesia

Jual Tokek

Saturday, July 24, 2010

Pembukaan RFC di Perlis


9 Julai 2010 – RFC menawarkan perkhidmatan makanan segera berkonsepkan ayam segar organik kepada mereka yang inginkan kelainan dan mementingkan kesihatan.

KANGAR – HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.
Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.

“Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran RFC di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja.

Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan RFC di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.

HPA Kebanggaan Kita: http://www.duniaherba.net/jozan

Tuesday, July 13, 2010

Tanam Padi

Ini adalah beberapa cara proses penanaman padi

Mungkin ada yg aku lupa tulis disini tapi sekadar utk pengetahuan umum sahaja.

1- Proses membajak

Proses ini dilakukan bila tiba musim utk menanam padi.
ia menggunakan mesin kebota (asalnya ia adalah jenama mesin tersebut)

Seeloknya proses ini dilakukan ketika bendang masih kering.

2- Air masuk kebendang

Masa ini air dah masuk ke bendang dan masa ini amat sesuai utk proses menabur benih padi.

3- Benih padi

Benih padi ni mesti direndam didalam air selama 2 hari dan ditoskan semalaman bila proses menabur padi dilakukan.

Rendamkan padi dgn air penggalak pertumbuhan benih padi, ini utk memudahkan benih tumbuh dgn cepat di atas bendang nanti.

4- Menyerak padi

Benih padi yg sudah elok dan sesuai utk ditabur diatas bendang.
Menggunakan mesin atau cara tangan.


Gambar: Padi yang telah ditabur (mungkin tak jelas dlm foto ni)

Bersambung nanti...


Thursday, July 8, 2010

Jutawan Tokek


Jutawan Tokek

Cicak Tokek berharga puluhan ribu.
Memang agak pelik, cicak gergasi ini berharga agak mahal dan boleh buat org jd jutawan segera.

Tokek adalah nama umum untuk menyebut cecak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada jenis tokek rumah berikut.

Tokek rumah adalah sejenis reptil yang masuk ke dalam golongan cecak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain hewan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggris).

Sebuah fakta baru dalam dunia pengobatan ilmiah/bukan magic bahwa ternyata tokek mengandung suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. fakta ini muncul seperti pada kejadian empedu beruang yang ternyata juga mengandung zat aktif bersifat theurapetik. zat aktif tersebut yang masih dalam tahap uji klinis tahap 1telah menunjukkan hasil yang signifikan. zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghambat pertumbuhan kanker/metastasis sel kanker, melawan HIV dan H1N1 viral. Mari kita semua mengharapkan yang terbaik bagi umat manusia dengan ditemukannya sistim pengobatan ini.

Bila tokek anda telah memiliki berat minimal 4 ons++ bersiaplah menjadi milyuner(jutawan) baru!

selepas malam pertama...

Mengisahkan tiga orang adik beradik perempuan yang ingin berkahwin tetapi semua bakal suami mereka kurang berkemampuan.Jadi orang tua mereka bersetuju untuk mengahwinkan mereka serantak.

Jadi mereka semua berkahwin dan salah seorang dari mereka berkata
"Aku ingin bulan madu, tetapi kita tidak mampulah".
Keluarga mereka mencadangkan supaya berbulan madu dirumah sahaja.

Pada malam bulan madu ibu mereka bangun dan turun ke bawah untuk minum seteguk air.Dalam perjalanan turun dia mendengar anaknya yang pertama menjerit tapi dia buat tak dengar je.
Ketika dia sampai di bilik tidur anaknya yang kedua dia mendengar tertawa dan hanya mengabaikannya.
Ketika dia sampai di bilik anak perempuannya yang ketiga dia tidak mendengar apa-apapun.

Keesokan harinya di meja sarapan dia bertanya kepada anaknya yang pertama,
"Mengapa kamu menjerit semalam?".Dan dia menjawab "Alah mak ni,dulu selalu beritahu kepada saya menjerit ketika rasa sakit."

Lalu ibu itu bertanya kepada anaknya yang kedua "Kenapa kamu tertawa semalam?" dan dia menjawab "Mak kan cakap kalau rasa geli ketawalah".

Lalu ibu itu berkata kepada anaknya yang ketiga,
"Mengapa mak tidak mendengar apa-apa dari bilik kamu semalam?"
Dengan selamba dia jawab...
"Kan mak juga cakap kalau mulut penuh jangan bercakap...!!!

Saturday, February 27, 2010

Tokey Master Radix Kena Cekup




Gambar-gambar serbuan tokey Master Radix.

1- Gambar sijil halal palsu.
2- Jenama Radix yg digunakan.
3- Ni tokey dia. kata produk 100% muslim bumiputera.

Jgn mudah tertipu dgn penggunaan jenama muslim. siasat betul-betul baru beli.

Cara Buat Bokashi