Thursday, November 29, 2012
Thursday, September 8, 2011
Nilai Hantaran Mengikut Taraf Pendidikan
Saturday, August 27, 2011
Monday, July 11, 2011
Makan Belut

Korang pernah makan belut atau nama saintifiknya Monopterus albus.
Friday, July 1, 2011
Boikot Astro
KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.
Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.
Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.
” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.
” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.
” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.
Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.
Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.
Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.
” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.
” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3, akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.
Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.
Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.
” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya. – OlehSYAHRIL A. KADIR (
sumber - Mynewshub.my
Thursday, June 30, 2011
Saturday, June 18, 2011
Selamat Hari Bapak
Friday, June 17, 2011



Tuesday, June 14, 2011
Hujan
BEN ASHAARI blog
Wednesday, June 8, 2011
Payudara petunjuk ekonomi
Debenhams berkata saiz coli berubah seiring turun naik ekonomi Britain, selepas menjalankan kajian terperinci membabitkan sejarah payudara wanita Britain. “Kini kita boleh melihat rekod ekonomi Britain hanya dengan mengikut peredaran zaman. Sejarah ekonomi negara berkembang bersama besar atau kecilnya saiz coli,” kata jurucakap Debenhams, Ed Watson. Beliau berkata ahli sejarah seperti Simon Schama dan David Starkey kini tidak lagi menjalankan kajian di perpustakaan, sebaliknya hanya melihat saiz payudara wanita untuk menentukan situasi keseluruhan rakyat negara ini.
Awal abad ke-21 menyaksikan kadar inflasi meningkat dalam pelbagai cara dan wanita terpaksa menggunakan segala aset yang ada termasuk payudara untuk keselesaan hidup mereka. – Agensi
Saturday, March 5, 2011
N.28 Kerdau, Pahang
- Nama: Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44,
- Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
- Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
- Umur : 44 tahun
- Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
- Status : Berkahwin
- Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad, 45 tahun
- Bilangan Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan
- Pendidikan:
- Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
- Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
- Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
- Universiti Al azhar
- Pengalaman Kerjaya:
- Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
- Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 - 2000)
- Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov - Dis 2000)
- Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 - )
- Pengalaman Politik:
- Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
- AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
- AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
- Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
- Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
- Pendidikan:
- Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
- Ijazah Sarjana Muda (Usulludin).
- Pengalaman:
- Guru Sek Menengah Agama Darul Naim
- Nama: Hassanuddin Salim, 43,
- Jawatan dalam parti: Ketua Penerangan PAS Pahang
- Pendidikan Awal dan Kerjaya:
- Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sanggang dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh.
- Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran keperingkat Diploma dalam bidang Ukur Tanah, di UiTM Shah Alam.
- Kerjaya:
- Memulakan kerjayanya dalam Industri Pembinaan dan Ukur Tanah selama 15 tahun.
- Sepanjang menceburi bidang itu beliau pernah berkhidmat dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur untuk industri minyak dan gas dan antaranya pembinaan hospital Temerloh.
- Beliau juga pernah Berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.
- Dunia Politik:
- Dalam politik, Hassanuddin adalah bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang dan kini menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Pahang, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh.
- Dalam pilihan raya, Hassanuddin pernah diamanah mewakili PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 sebagai calon di DUN Lanchang dan DUN Kerdau dalam PRU 2008.
N.27 Merlimau, Melaka
- Nama: Roslan Ahmad, 44,
- Tempat Lahir : Merlimau Pasir
- Umur : 44 Tahun
- Status : Berkahwin
- Nama Isteri : Zalifah Omar
- Anak : 4 Orang ( 3 lelaki, 1 perempuan)
- Kerjaya : Pengurus Unit Pembangunan Perniagaan dan Sosiol Ekonomi di Perbadanan Melaka Holding Sdn Bhd.
- Beliau adalah anak kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Jasin ( 1974 - 1978 ) Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin.
- Pendidikan:
- Sekolah Rendah Kebangsaan Merlimau
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum, Merlimau
- Sekolah Menengah Teknik Melaka
- Maktab Adabi Muar
- Diploma Pentadbiran dan Perniagaan di Institiut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) Kuala Lumpur / Swansea Institute Higher Education (S.I.H.E) UK.
- Pengalaman politik:
- Ketua Pemuda UMNO Cawangan Merlimau ( 1998-2008 )
- Ketua Penerangan UMNO Cawangan Merlimau ( 2008-2011 )
- Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Jasin ( 1998-2001 )
- AJK Pemuda UMNO Bahagian Jasin merangkap AJK Biro Pendidikan Pemuda UMNO Negeri Melaka ( 2001-2004 )
- AJK UMNO Bahagian Jasin merangkap Pengerusi Biro Belia dan Sukan Bahagian Jasin ( 2008-2011 ) - Media UMNO
- Nama: Yuhaizad Abdullah, 38,
- Latarbelakang:
- Yuhaizat Abdullah dilahirkan pada tanggal 17hb Oktober 1973 di Kampung Barok, Jasin, Melaka.
- Beliau adalah anak ke-4 daripada 5 orang adik-beradik.
- Bapanya, Abdullah Jumat adalah bekas Tok Sidang Kampung Chinchin manakala ibunya, Fatimah Hasan seorang surirumah sepenuh masa yang juga anak kepada bekas imam Kampung Chinchin, Hassan Wahab.
- Pendidikan:
- Sekolah Kebangsaan Chinchin.
- Sekolah Menengah Dato Bendahara, Jasin, Melaka.
- Institut Kemahiran Mara (IKM) Jasin
- Perkahwinan:
- Mendirikan rumahtangga dengan guru Sekolah Kebangsaan Chinchin, Shakila Mohammad.
- Penglibatan dalam politik:
- Memilih PAS sebagai medan politik, beliau mula bergiat aktif dalam parti bermula 1993 sebagai Setiausaha Cawangan Chinchin.
- Pada tahun 1995 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Jasin dan pada 1999 dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Pas Jasin sehingga kini.
- Diperingkat negeri beliau diamanahkan sebagai Timbalan Dewan Pemuda Pas Negeri dan juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Melaka.
- Beliau sekarang adalah aktivis Pas sepenuh masa
Keputusan pilihan raya kecil Merlimau, Kerdau seawal 8 malam
MERLIMAU: Keputusan pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dijangka diketahui seawal jam 8 malam ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berkata pihaknya juga mensasarkan peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua DUN hari ini mencecah 80 peratus.
Sementara itu, Abdul Aziz mengingatkan parti yang bertanding supaya tidak berkempen pada hari pengundian termasuk meraih undi dengan membuka barung atau di pusat operasi parti masing-masing.
Friday, March 4, 2011
Hikayat Merong Mahawangsa
Sinopsis filem Hikayat Merong Mahawangsa sepertimana yang disiarkan oleh sinemamalaysia.com yang bermula sekitar tahun 120 apabila Empayar Rom dibawah pemerintahan Hadrian manakala Dinasti Han di negara China sedang memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?
Hikayat Merong Mahawangsa dibintangi oleh Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert, Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato’ Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida, Kuswadinata, Mano Maniam dan Ravi Sunderlingam.
Wednesday, March 2, 2011
Tempoh bayaran saman trafik dilanjutkan 10 hari lagi
2:33pm
Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
PUTRAJAYA 2 Mac – Tempoh bayaran saman trafik yang berakhir Isnin lepas kini dilanjutkan selama 10 hari lagi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menurut beliau, lanjutan tempoh bayaran saman tersebut bagi membolehkan orang ramai melunaskan tunggakan saman mereka.
Semalam, Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan mulai Selasa.
Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lalu, berakhir. - Utusan
Monday, February 21, 2011
Datuk Siti Nurhaliza Bina Masjid

Khalid yang berasal dari Kampung Permatang Pasir berkata, masjid baru itu dibina di atas tapak asal Masjid Kampung Permatang Pasir bagi menggantikan masjid lama dengan kos untuk merobohkan masjid lama dan membina masjid baru termasuk kelengkapannya berjumlah hampir RM2 juta.Katanya, selain mendapat sumbangan pihak tertentu, ia dibina hasil sumbangan Yayasan Nurjiwa yang beliau dan isterinya wujudkan untuk membantu golongan yang memerlukan dan bagi melaksanakan program pembangunan agama.
Khalid yang juga Pengerusi Yayasan Nurjiwa berkata, nama masjid itu dicadangkan oleh seorang sheikh dari Makkah yang ditemuinya di Madinah dan nama itu turut dicadangkan oleh Imam Masjid Kampung Permatang Pasir.
"Ia nama salah satu syurga. Kebetulan pula nama tu seperti nama saya. Saya berharap kemudahan masjid ini dapat digunakan oleh penduduk kampung. Masjid ini tidak akan dikunci untuk kemudahan orang ramai setiap masa," katanya.
Siti Nurhaliza pula bersyukur kerana masjid yang beliau dan suaminya usahakan selama ini dirasmikan hari ini, yang kebetulan jatuh pada tarikh lahir yang ke-52 suaminya.
"Apabila kami berurusan dengan pejabat Istana, tarikh yang Tuanku pilih adalah hari ini iaitu 19 Februari.
"Memang perancangan kami untuk bina masjid bagi kemudahan penduduk sekeliling untuk buat program keagamaan. Saya gembira kerana impian kami jadi kenyataan hari ini. Harap Yayasan Nurjiwa dapat membuat banyak lagi aktiviti kebajikan," katanya.
Masjid Kampung Permatang Pasir dipercayai mula dibina sekitar tahun 1896 dan kemudian dibina semula pada 1926 secara gotong royong.
Pada tahun 1985, 1997 dan 2005, kerja-kerja naik taraf masjid dijalankan untuk keselesaan jemaah dan pada 2009 pembinaan masjid baru di atas tapak sedia ada dilaksanakan. - BERNAMA







