Friday, July 27, 2012

Sambutan raya

Sebelum puasa dh semangat org nk sambut raya

Friday, June 8, 2012

Perfume paling Hot.

Pati haruman kereta paling Hot masa kini. Ia didatangkan didalam botol yg comel dan cantik. Wangian bertahan sehingga 40 hari.


Hanya gantung pada batang lampu signal atau batang wiper kereta dan nikmati baunya.


Pasti tak rugi.











Tuesday, May 8, 2012

Tips Meransang Minda Bayi Anda


Sesapa yang ade anak kecik buley la buat cara ni utk merangsang otak bayi.aku pon klu tak letih aku buat juga..klu letih aku suh bini aku yg buat..hehe

50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.


1. BERTENTANG MATA.
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adlah yang paling penting. Setiap kali dia
merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA.
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN.
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. JELIRKAN LIDAH.
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5. HASILKAN BUKU BINATANG.
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6. GELETEKLAH BAYI ANDA.
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. TUNJUKKAN PERBEZAAN.
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.

8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA.
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11. SENTUH DAN RASA.
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12. PERGI MEMBELI-BELAH.
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13. BERI KATA KUNCI.
Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14. BERI KEJUTAN.
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15. SEDIAKAN BANYAK TISU.
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16. BACA BUKU.
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17. MAIN CAK-CAK.
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19. MAIN DENGAN WARNA.
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya

20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21. ANGKATKAN SAHAJA.
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22. BIAR DIA MEMBEBEL.
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23. LATIHAN MENEKA.
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24. BINA LALUAN HALANGAN.
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25. IKUT RENTAKNYA.
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26. BUAT MUKA LAWAK.
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27. RASA SEKELILING ANDA.
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.

28. CERITAKAN KISAH DONGENG.
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29. BAYANGAN WAJAH.
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

30. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS.
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31. GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina. Boleh juga menggoyangkan badannya dengan berzikir contohnya LAILAHAILALLAH..LAILAHILALLAH .

32. JADILAH TAMAN PERMAINAN.
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33. KIRA SEMUANYA.
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA.
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

35. TUTUP TV.
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya

36. TUKAR PEMANDANGAN.
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA.
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA.
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39. MAIN HUJAN.
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40. MENANGKAP SERANGGA.
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41. BERGURAU-SENDA.
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui ke*****an anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42. MAIN DENGAN PAKAIAN.
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43. AJAR TENTANG ISIPADU.
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44. HASILKAN ALBUM KELUARGA.
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA.
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46. PERGI KE PERPUSTAKAAN.
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47. CONTOHI CARA SESAME STREET.
Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48. MAIN BERULANG-ULANG.
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49. MAIN “TIRU-MENIRU”.
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50. BERCAKAP TENTANG PERASAAN.
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Saturday, September 24, 2011

Suasana Malam Ajoi & Isteri

Pada suatu malam,isteri ajoi pulang ke rumahnya....

Di dalam biliknya, dia berkata kepada si ajoi ,

" Buka baju saya....".
Ajoi patuh....

si isteri berkata lagi,
"buka seluar saya..."

Ajoi ikut sahaja apa yang tlh dikatakan isterinya....

Lalu si isteri berkata lagi,






"dan.... jangan pakai baju dan seluar saya lagi !!!!!!!!!!!!"

Thursday, September 8, 2011







Ini gambar kenangan raya aku masa muda remaja. Ambil gambar atas moto abg aku ni, masa ni umur aku baru masuk 16 tahun. Yg sebelah tu sepupu aku. Azmi namanya.

------------------------

Korang ada gambar raya zaman korang remaja atau kanak-kanak tak?

Jom kongsi bersama saya.

Caranya:

Copy Tajuk ini: Gambar kenangan raya dulu-dulu
Buat entri korang guna tajuk tu.
letak gambar kenangan raya korang (berapa keping pun tak pa)
Cerita sikit pasal gambar tu
dan copy url post korang dan letakkan kat komen bawah ni.

Seorang pemenang Yg Bertuah akan saya bagi free top up RM10.
Game ni akan tamat pada 29 Sept 2011 jam 11.00 malam.



Harap ada yg mahu berkongsi dan join.

Nilai Hantaran Mengikut Taraf Pendidikan

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000, SPM : RM3,000-RM8,000 STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000, DEGREE : RM12,000-RM15,000... 2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000, PHD : RM20,000-RM30,000 ***TETAPI YG DEGREE KE ATAS KALAU XPANDAI "MASAK" AUTOMATIC AKAN DI TOLAK 50% DRPD NILAI BIDAAN (hahahahahaha!!!)

Saturday, August 27, 2011

Salam Aidilfitri

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin kepada semua rakan-rakan blogger semua.

Monday, August 8, 2011

Bahan babi dalam ubat-ubatan dan Makanan




Awasi ubat-ubat yg anda makan. Mungkin ada galetin babi!!.


P/S: kalau ubat-ubatan dari KKM macam mana yer?

Wednesday, July 27, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Pra Ramadhan

Puasa, Terawih, Digigit Jin

3


4


Pra Ramadhan

Puasa, Terawih, Digigit Jin

1


2

Monday, July 11, 2011

Makan Belut


Korang pernah makan belut atau nama saintifiknya Monopterus albus.
Kalau tgk dari fizikal belut ni nampak macam ular tapi dia bukan spisis ular dia masih diketegorikan sebagai ikan.
Belut ni hidup di dalam air dan selut. (kat sawah banyak la)

Masa aku kecik-kecik dulu rajin tangkap belut guna pancing khas dan bubu. bubu ni buat dari batang paip dan letakkan umpan ikan sepat dalamnya. Nak bagi contoh gambar tak de la pulak hehehe. Waktu lepas org ambik padi kami turun sawah cari lubang-lubang belut.

Kalau yg belum pernah rasa, belut ni macam rasa isi ikan keli.
Belut boleh buat goreng atau buat sup. sama mcm masak ikan keli. Buat laksa pun sedap.

Kat belah utara ni kalau makan laksa ada yg letak belut sebagai bahan utama dlm kuah laksa.

Ada satu forum saya join iaitu forum carigold. seorang rakan dalam forum ni ada pengalaman adik dia yg rajin makan belut. Ini saya copy kan post dia dari forum tu.

Ini pengalaman benar...apa yang aku lihat pada adik aku...dia memang suka sangat makan belut samada goreng atau masak sup...maklumlah rumah di kawasan sawah padi...bapak aku memang rajin cari belut ni. Kesannya,kulit adik aku ni memang bersih dan licin. Panau ke...kurap ke...ruam2 ke...gatal2 ke...memang tak ada. Senang citer adik aku tak payah pakai apa2 jenis pelembut kulit atau facial foam pun...aku...baru jamah secubit...dah terbayang lain...terus tak jadi makan...tp rasanya manis...rasa lagi sedap dari ikan keli...

Pergi ker forum

Khasiat Belut:

Sekiranya diamalkan memakan belut, ia dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menstabilkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi. Ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.


Jangan geli makan belut ni sebab ia banyak khasiat dan baik utk kesihatan.

Tak Pernah Minum Kopi




ARAU - Seorang warga emas di sini yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 bukan sahaja masih kuat bekerja malah mampu berjalan kaki sejauh lima kilometer sehari mengalahkan orang muda.

Saad Jasin memiliki rahsia tersendiri untuk kekal sihat walaupun usia sudah lanjut iaitu dia tidak mengambil makanan bergoreng dan tidak minum kopi.

Kelmarin insan istimewa itu diraikan oleh anggota keluarganya seramai 76 orang di rumahnya di Kampung Paya Guring dekat sini.

Majlis berlangsung cukup meriah termasuk acara memotong kek dan pulut kuning oleh insan berkenaan.

"Saya tidak pernah makan makanan bergoreng dan minum kopi kerana ia melemahkan anggota badan dan tulang.

"Saya hanya makan nasi berlauk dan minum air kosong dan teh sahaja setiap hari.

"Bagi mengelak badan jadi bongkok, saya bangun pagi dengan duduk perlahan-lahan sebelum berjalan.

"Elak bangun dengan keadaan tergesa-gesa yang boleh mengejutkan tulang kita," katanya pada pemberita di sini semalam.

sumber: Kosmo

Thursday, July 7, 2011

Lisa vs Neelofa

Sapa paling anda minat..
Lisa Surihani atau Neelofa.

# Copy gambar diatas.
# Buat entry Lisa Surihani vs Neelofa
# Copy url entri korang tu dan post kat komen disini.
# Kita tengok sapa yg lebih ramai peminatnya.

Ke Ipoh Perak


Hari selasa 5/7/211 aku pergi ke Gopeng Perak sebab menghadiri kursus. dapat ambil satu gambar ni. memang tak de makna apa cuma aku tertarik dgn kreativiti Majlis Perbandaran Ipoh kerana menghias tiang-tiang jambatan supaya nampak lebih menarik.

Friday, July 1, 2011

Boikot Astro

KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.

Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.

” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.

” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.

” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.

Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.

” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.

” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3, akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.

Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.

Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.

” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya. – OlehSYAHRIL A. KADIR (

sumber - Mynewshub.my



P/S: Apa pendapat korang? nak join tak boikot astro ni? Bagi aku bukan boikot tak bayar 3 bulan tapi bokot tutup terus akaun dgn astro ni. Baru kena buku dgn ruas. Kita pengguna ada hak.

Thursday, June 30, 2011

GEGAR BLOG JULAI 2011

Jom gegar blog bersama Abg Ben Oyehh!!..

Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Bapak


Kepada semua bapak, aku ucapkan selamat hari bapak termasuk aku. Semoga aku menjadi bapak yg baik dan boleh memimpin anak-anak aku.


P/S: Al-Fatihah utk arwah bapak aku, Jamhari bin Hj. Ali.